Independent Distributor of Herbalife
Call : 0176729266
Email : anisah_syahirah@rocketmail.com

coretan ku

Friday, April 29, 2011

C I N T A KU

Assalamualaikum,

Topik hari ini saya hendak menceritakan luahan hati tentang cinta dan perasaan Anisah Syahirah Ramlan.



Tak mudah untuk aku mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati. Tak mudah untuk aku mengaku yang aku jatuh cinta. Sebab diriku penuh dengan keegoaan aku, sifat semula jadiku. Kerna aku hendak pertahankan cintaku dari di rosakkan oleh manusia perosak. First of all, aku telah banyak di lukai oleh mana-mana lelaki. Tentu kepada perempuan yang pernah terluka macam saya akan berasa begitu juga. 

Aku ada seorang kawan. Tetapi umi dan ayah serta family aku ramai tidak menyukai saya berkawan dengannya. Tapi, itu semua jodoh. Orang kata, jodoh itu di tangan Tuhan. Hanya kita yang menentukan. Kami telah berkawan selama 8bulan. Apakan daya, kalo hubungan kami di tentang oleh keluarga.

Pernahkah anda terfikir untuk menyakiti hati seseorang itu? 
Aku bukan jenis seorang perempuan hanya hidup untuk menyakiti kaum Adam. Tapi, walau bagaimanapun aku akan cuba untuk tidak menyakiti kaum lelaki. Aku tak mudah untuk melupakan tentang kenangan bersama kamu, kamu dan kamu semua.

Untuk pengetahuan anda semua, sekarang ni ada 2 orang admire yang admire aku cuba menipu tentang dirinya. 

WARNING!!!
KAU SUNGGUH DAYUS! SUMPAH AKU TAK MAHU BERKAWAN DENGAN KAU LAGI!

Tapi alhamdulillah syukur kepadaNya kerana memberi petunjuk kepadaku dan kebenaran kepadaku.

Aku hairan, bingung, dan pelik. 
Kenapa ini semua bisa terjadi kepadaku? Apakah cinta yang aku bina sebelum ini adalah cinta monyet, sebab lelaki lambat matang atau dll?

Wal hal, aku sudah membuat keputusanku untuk meneruskan tumpu kepada pelajaranku dan mencapai cita-citaku yang aku idamkan selama bertahun-tahun yang lalu. Semoga apa yang aku buat ini adalah di restui dan di berkati oleh semua orang.


Cintaku hanya untuk orang yang benar-benar untuk membelinya.

Sunday, April 10, 2011

Solat itu tiang agama.

Sembayanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan.

3.45 p.m., terus je bangun dari tidur petang, aku teringat akan sesuatu tanggungjawabku kepadaNya. Terusku turun ke tingkat bawah mencari telekung yang baru pagi tadi basuh. Alhamdulillah. Telekungku bersih daripada kekotoran. Sekian pastu, selesai ambil wuduk dan bersolat. Aku duduk sambil menadah tangan lalu membaca surah Al-Fatihah dan berdoa kepadaNya.

"Ya Allah, Engkau ampuni dosa-dosaku. Engkau ampuni dosa-dosa ibu bapaku. Engkau ampuni dosa-dosa umat-umatku. Engkau ampuni dosa kawan-kawanku. Engkau ampuni dosa-dosa kawanku yang menganiayai aku. Kau ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah. Engkau panjangkanlah umur ibu bapaku. Engkau berilah rezeki yang melimpah kepada keluargaku. Engkau bantulah ibu bapaku mencari rezeki. Engkau mempermudahkanlah mereka dengan rutin harian mencari rezeki."

"Ya Allah, Engkau bantulah aku mencapai kejayaan 9A's dalam setiap ujian prestasi, mid term, percubaan SPM serta SPM. Engkau berikanlah 9A's dalam subjek BM, BI, MATH, SEJ, SAINS, AGAMMA, PERDAGANGAN, EKONOMI ASAS dan PRINSIP PERAKAUNAN, Ya Allah. Ya Allah, Engkau bantulah aku menguatkan mindaku, Engkau lapangkanlah permikiranku, lapangkanlah dadaku untuk memudahkan aku menerima ilmu."

"Ya Allah, Engkau bantulah aku mencari jodoh yang boleh membimbingku ke jalan yang benar, ke jalan agama Islamku. Engkau jodohkanlah aku dengan orang yang beriman, orang yang bertakwa, orang yang rendah diri, orang yang ada kerjaya tinggi, yang boleh menerima aku seadanya diriku, orang yang mempunyai rupa paras yang elok sedap mata memandangmenghormati diriku sebagai Wanita."

 "Ya Allah, Engkau bantulah aku memperkuatkan tahap kesabaranku untuk menghadapi dugaan dan cabaran ini."

 AMIN


 


Sungguh tenang perasaanku selepas bersolat. 

Apa yang saya rasa.



Okay. Banyak problem antara aku dengan kawan aku. Salah satunya MIZA [bkn nama sebenar]. Dia suka menganjingkan orang. Suka maki orang kalo dia rasa dia tak suka orang tu dia akan tulis kat blog dia atau FB dia. Apa yang saya rasa kat sini, saya mahu luahkan apa yang saya mahu katakan kat sini dengan perasaan yang hiba.
Dia tulis kat blog tentang seseorang kawan saya. 1 kelas dah blacklist dia. Malahan, saya juga terasa sebab sy bergaduh dengan si A sebab ganggu dia tidur. Tetapi, masa rehat aritu jugak si A cite kat kawan dia minta luahan hati tak puas hati dengan saya. Saya memang suka ganggu orang tengah tidur nak2 dengan si A sebab dia EMOTIONAL GIRL! haha. Yang saya pelik, sebelum ni saya usik dia, dia marah macam biasa-biasa sahaja. Itu pun masa hari tu, saya ketuk meja dia dengan pen. Terus dia melenting. Okayla, A! Lepas ni time rehat saya tak akan kejut awak. Tetapi, tadi kami dah luahkan apa yang patot. So, bagi saya ia dah end!

Berbalik kepada si Miza ni. Dia cakap, ada kaitan tentang pelacuran sikit. Saya terasa. Mula-mulanya, saya tulis kat status FB saya tentang blog sebelumnya yang saya bertelingkah dengan mak saya. Dia yang terasa. Katanya, kau tak payah nak perli2 kt sni la....[ada lagi]. Then, dia tulis lagi kt blog dia tentang saya. Saya tulis kat blog saya tentang, 1 helai ramnut bersamaan 70 000 tahun kat akhirat. Dia fikir saya tulis tentangnya walhal saya tulis apa yang saya cakap tempoh hari dalam kelas agama. Dia terasa dia sindir saya lagi, dia cakap," kau baget pakai tudng. Pakai ketat apa suma[ada lagi]. Awak, orang lain pun sama. Yuna pun pakai suar ketak? Aritu kami terserempak saya pakai baju tanpa dedahkan aurat saya pada orang. Cuma ia cekak pinggang saya tapi masih ada space. Dia siapakan awak nak maki saya macam tu? Kemudian, dia kata saya jaja cite kat kelas 5M! SUMPAH AWAK! Saya tak cerita kat orang melainkan kat kawan saya, SASI, SHAIEDA dan UMI  jer.! Sampai hatinya. 

Sekarang, semua orang dah blacklist saya. Form 5 semua dah tahu kami bergaduh. Dia orang tak dengar kata saya lagi, sebab saya malas nak cerita kat orang sebab ia akan mengaibkan orang. Dosa besar tau! Jadi, saya cover bila orang tanya tapi dia? Mak dia, BF dia, Form 5 IJC, FB dan STPM pun dah tahu tntg ni. Saya sangat sedihla. Saya sudah tiada kawan lagi lepas ini. Saya mahu duduk sebuah pulau tanpa orang yang mengenali diri saya lepas ni. Alangkah masa cepat berlalu, blh saya melangkah pergi jauh dari merekakan. Saya tak kisah orang nak kata saya apa lepas ini. Awak di kurniakan mulut untuk bercakap, jadi silalah bercakap. Bercakap sehingga penat mengata. Saya yang dapat pahala. Terima Kasih!

Tentang, Tiq. Kami gaduh tahun lepas sampai sekarang kami tak bercakap. Kenapa? Mulutnya sama sahaja lebih kurang macam Miza! Suatu ari, I gado dengan K tentang bf. I kata pada saya, dia mahu tukar tempat dengan saya. Saya cakap, saya tak mahu. Saya sayangkan Miza dan Tiq. Jadi, saya cakap kat I, awak duduklah untuk hari ini sahaja. Lain hari tak boleh la awak. Kemudian, saya dengar Tiq kata, I, kau duduk untuk selamanya pun tak apa weyh! Saya terasa. Saya tak tahu apa silap dosa saya masa tu kat dia sampai dia macam tak hargai persahabatan saya lagi dah. Tak apa. Kemudian, sy mintak putus hubungan tanpa berfikiran panjang. yela! Orang tengah marahkan. Tiq mahu minta maaf tapi dengan kata perli. Apakah itu ikhlas namanya awak? Bagi saya tak! Itu bukan kata maaf! Jadi, itu sebab punca utama saya marah kat dia.

Kemudian, 1 kelas tak mahu kawan dengan saya lagi. Saya tak tahu apa salah silap  saya lepas tu. Beberapa minggu lepas tu, mereka kata Shapik itu buat bomohkan kat I. Jadi saya pun terlibat sama. Kenapa ek mesti saya yang kena? Saya tak pahamlah apa dengan korang! Tak apalah. Saya tak nak kata panjang lagi, korang buat kain korang sndiri, saya buat kain saya sendiri. Lepas ni, saya janji tak mahu tahu atau campur tentang urusan sama korang! Bye. Salam.

Ini blog Miza. Baca kalo sudi mahu tahu apa kata-kata yang dia lukakan hati saya.

Ini blog Tiq yang KPC tentang saya gaduh dengan Miza.
Akhir kalam, Assalamualaikum. Terima kasih baca blog "APA YANG SAYA RASA"

Thursday, April 7, 2011

Luahan kata. Hari yang menyedihkan aku.

Okayla. Jujur abang aku memang pandai. 3 sem dapat anugerah Dekan kan. Dapat melanjutkan ke pelajaran peringkat degree tetapi ditolak olehnya. Sekarang ni dia tengah sem 4. Sumenya pointer 3.5 ke atas even SPM hanya 4A's dalam subjek Add Math, Fizik, Kimia dan Maths.

Aku tahu aku tak sehebat abangku tetapi aku sedang berusaha menjadi seorang yang berjaya suatu hari kelak. Memang aku sedang usahakan dengan gigih demi masa hadapan aku. Aku nak jadi cemerlang macam member cyber aku, Afiq Syahmi dapat JPA scholarship tengah study kat South Korea. Memang dia idola aku untuk berjaya. Tetapi, setiap manusia tak serupa. Setiap manusia punya kelemahan tersendiri. Yang penting itu, BERUSAHA DENGAN GIGIH!

"Tak perlu umi nak bandingkan adik dengan abang. Umi pun dulu belajar setakat lulus SPM. Setahun lepas tu, kahwin. Umi, adik punya cita-cita adik tersendiri. Biarlah adik tentukan masa hadapan adik sendiri. Adik semakin membesar dah jadi anak dara. Umi janganlah bandingkan adik dengan abang. Semua orang tak serupa. Adik tulis ni sebab adik terasa dengan kata-kata umi petang tadi. So, adik harap umi tolong jangan ulang perkara itu lagi even dah berkali-kali umi lakukannya. Adik sayang umi dengan ayah. Adik cuma mintak umi dengan ayah jangan bagi adik terkanan tahun ini. Sudah banyak yang adik telah harungi. Adik mintak maaf atas segala-galanya. Amin."




Kalaulah umi dapat memahami isi hati adik. 
Tetapi, kenapa aku berasa ego untuk mengaku dengan ibu bapa ku? Ini persoalannya. Ego aku sangat tinggi. Sukar untuk aku luahkan even dalam hati berkata-kata mahu berbicara mohon maaf.

END!

Wednesday, April 6, 2011

Hari kami dan YMC at DP.

Weekend yang lepas, YMC iaitu Youth Media Carnival telah dianjurkan oleh UiTM Lendu, Melaka kat Dataran Pahlawan. Kat sna mcm2 program telah dianjurkan. Ada Amirul Hadi. Alaa pemain bola sepak Malaysia tu. Tinggi oh! Selain itu, ada game pecah belon, futsal, paintball, teka lirik lagu, band perform, dll. Cuaca ms tu agak baik tapi amat terik. So, nasib body guard aku, Yunus ade. Bolehla dia tolong halangkan aku dari kepanasan.

Sebelum tu, kita orang enjoykan diri dulu kat Karok Mahkota Parade, Melaka.
Ni sedikit sebanyak gambar yang dapat di tangkap.

Amirah Nadiah Nasir tengah nyanyi lagu "tenda biru"


Kebosanan melanda tatkala menunggu giliran menyanyi lagu. Hehe.


Keluar dari Karok kami singgah beli air sebentar. 


Lepas tu, kami berpecah kepada 2 group. Yang lain nak balik tinggal aku, Yunus ngn Yahya.
 So, jalan punya jalan dengan high heels aku ni. Chaww gerak kat atas padang Dataran Pahlawan. Tak sangka ada karnival ni. Sangat meriah sekali sampai lupa nak snap snap gambar suasana kat sana. Hehe.
So kepasa sesiapa yang pergi tu mesti korang enjoykan? Sebab konsert malam tu ada Ramli Sarip, Couple, Caprice dll. So ni a few gambar aku kat YMCla.
Aku dan Yunus tengah menonton band perform dia orang kat atas stage.


Konsert malam.


END!




Sunday, April 3, 2011

Keliru.

Aku tak mengerti apa yang aku mahukan dalam hidupku. Apakah benar jalan yang ku pilih?







Tetapi kenapa setelah Izzul Syazwan memberi sedikit sebanyak nasihatnya tentang erti kehidupan dan indahnya syurga serta indahnya ibu bapa perasaanku goyah tentang Dia? ARGH!! Pening bercampur keliru! Apa yang dia mahukan aku berbuat demikian ialah, jangan melawan cakap ibu bapa. Jangan bantah cakap ibu bapa. Tetapi kenapa mudah sangat hatiku goyah setelah mendengar nasihatnya selama 50 minit.

"Ya Allah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Mengasihani. Hambamu memohon agar kau berikan petunjuk dan hidayah daripadamu agar jalan kehidupan yang ku pilih dan kau tentukan menjadi kebahagiaan hingga akhir hayatku. Amin."

Apa yang harus aku lakukan sekarang ialah berbanyakkan bersabar dan sentiasa berdoa hingga hidupku menjadi lancar.

:) - - trying to smile. hehe...