Independent Distributor of Herbalife
Call : 0176729266
Email : anisah_syahirah@rocketmail.com

coretan ku

Sunday, April 10, 2011

Solat itu tiang agama.

Sembayanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan.

3.45 p.m., terus je bangun dari tidur petang, aku teringat akan sesuatu tanggungjawabku kepadaNya. Terusku turun ke tingkat bawah mencari telekung yang baru pagi tadi basuh. Alhamdulillah. Telekungku bersih daripada kekotoran. Sekian pastu, selesai ambil wuduk dan bersolat. Aku duduk sambil menadah tangan lalu membaca surah Al-Fatihah dan berdoa kepadaNya.

"Ya Allah, Engkau ampuni dosa-dosaku. Engkau ampuni dosa-dosa ibu bapaku. Engkau ampuni dosa-dosa umat-umatku. Engkau ampuni dosa kawan-kawanku. Engkau ampuni dosa-dosa kawanku yang menganiayai aku. Kau ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah. Engkau panjangkanlah umur ibu bapaku. Engkau berilah rezeki yang melimpah kepada keluargaku. Engkau bantulah ibu bapaku mencari rezeki. Engkau mempermudahkanlah mereka dengan rutin harian mencari rezeki."

"Ya Allah, Engkau bantulah aku mencapai kejayaan 9A's dalam setiap ujian prestasi, mid term, percubaan SPM serta SPM. Engkau berikanlah 9A's dalam subjek BM, BI, MATH, SEJ, SAINS, AGAMMA, PERDAGANGAN, EKONOMI ASAS dan PRINSIP PERAKAUNAN, Ya Allah. Ya Allah, Engkau bantulah aku menguatkan mindaku, Engkau lapangkanlah permikiranku, lapangkanlah dadaku untuk memudahkan aku menerima ilmu."

"Ya Allah, Engkau bantulah aku mencari jodoh yang boleh membimbingku ke jalan yang benar, ke jalan agama Islamku. Engkau jodohkanlah aku dengan orang yang beriman, orang yang bertakwa, orang yang rendah diri, orang yang ada kerjaya tinggi, yang boleh menerima aku seadanya diriku, orang yang mempunyai rupa paras yang elok sedap mata memandangmenghormati diriku sebagai Wanita."

 "Ya Allah, Engkau bantulah aku memperkuatkan tahap kesabaranku untuk menghadapi dugaan dan cabaran ini."

 AMIN


 


Sungguh tenang perasaanku selepas bersolat. 

No comments: