Independent Distributor of Herbalife
Call : 0176729266
Email : anisah_syahirah@rocketmail.com

coretan ku

Friday, March 8, 2013

Alhamdulillah.

أسلموالكم 

Alhamdulillah.
Yang ini sahaja aku mampu ucapkan.
Kata pemisahan tiada berlaku, yang hanya sebuah mesej penuh syahdu.
Terima Kasih, Abang.

Pssttt!!!
Dia sengaja melawan perasaan dia tu.
Ego tinggi!
Alhamdulillah.
Berkat kesabaran ku kami seperti dahulu kala.
Geram ayang kat abang ni!
*Cubit sekali!

THE END!

Thursday, March 7, 2013

Kesedihan, Keperitan Ku Telan Jua

أسلموالكم 

Saban seharian ku menunggunya.
Lalu aku kurangkan rasa ego ku.

Pukul 8.14 malam, aku menghantar mesej kepadanya.
Me : Salam. Abg :)
Him : Wasalam
Me : Abg buat apa tu? :)
Him : Bru lps bgn tido
Me : Jom whatsapp?
Him : Tgk la nnti
Me : Xpela kalau mcm tu. Sorry ganggu awak.
Him : K

Dan aku memendam rasa sedih di hati.
Lalu, air mata mula bergenang membasahi pipi ku.


Aku dah biasa begini.
Kesedihan adalah sahabat ku.
Tiada apa yang bisa membuat ku bahagia hanya kesedihan yang ku rasa.

Untuk awak, saya sayangkan awak seperti mananya awak.
Saya terima awak seadanya dalam hidup saya dan saya izinkan awak buka hati saya yang dah lama saya kunci.
Dan kalau ini yang awak minta.
Saya tiada nak kata apa-apa lagi.
Sebab saya tak layak untuk awak.
Mungkin ada yang lebih baik dan lebih memahami awak.
Saya cuba mungkin saya gagal.
Dan terusan saya gagal.
Saya dah buat perkara yang awak tak suka.
Saya dah tiada kata apa.
Hanya menunggu mesej dari awak dan saya akan mendiamkan selama mana masa yang awak mahukan.
Andai tiada jawapan, mungkin tiada jodoh antara kita lagi.

THE END!

Wanita

أسلموالكم 

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.


THE END!

Nasihat Cinta

أسلموالكم 

"Jika kamu mencintai seseorang,
Bebaskanlah dia.
Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu.
Jika tidak, maka dia tidak akan pernah menjadi milikmu."

Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.
Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan & melupakan masa laluyang buruk serta kedukaan hati kita.
Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga dan ego. 
Hari ini kita melepaskan semua rasa takut, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhi kita hari ini kerana hari ini adalah lembaran baru bagi hidup kita.

THE END!

Luahan Hati.

أسلموالكم 

Aku rela diamkan diri berbanding berbicara waktu ini.
Apa yang ku rasa ku bermain dgn perasaan yg amat perit sekali.
Aku menelan jua walaupun sakit.
Hanya air mata yg dpt ku meluahkan rasa isi di hati ini.
Tiada kata lain yang aku mampu ungkapkan lagi.
Aku keliru dengan semua yg terjadi.
Ya Allah, hilangkan rasa sangsi ini.
Jika benar dia adalah jodohku, Kau satukan lah kami seperti mana yang Engkau satukan Adam dan Hawa.
Jika dia bukanlah jodohku, Kau pisahkan la kami seperti mana Engkau pisahkan Adam dan Hawa dari Syurga.
Aku tak sanggup merasakan kekecewaan nikmat cinta lagi.

The End!

Semalaman...

أسلموالكم 

Hari ni aku tak tahu kenapa perasaan ni rasa sedih, hiba dan pilu.
Semalaman bergaduhan. Bukan apa, gaduh kecil sahaje pun.
Aku tak suka di sebutkan pasal dengan mati.
Sebab ada sejarah di sebaliknya dan aku tak nak orang yang aku sayang pergi terlebih dahulu.
Walaupun hanya sekadar gurauan atau sebagainya.
Ia sangat sensetif bagiku.

Pagi ni aku bangun tanpa sebarang mesej atau panggilan seperti biasa ku terima.
Tak apala. Aku marah gila teruk semalam kt dia.
Hmm, salah aku mungkin?
Lalu ku berikannya mesej ucapan selamat pagi dan luahan kata di whatsapp.
Haishh...
Pun masih tiada respon.
Pukul 1.00 petang, aku telefon dia bertanyakan khabar.
Masih seperti biasa nada yang tak pedulikan aku.
Namun ku bersyukur dia tetap mengangkat panggilanku.
Tapi, hanya hati sahaja yang tahu apa ku rasa.
Nak luah, orang tengah marahkan kita.
Apa lagi yang boleh ku lakukan?
Aku buntu. Aku rasa kesunyian tatkala ini.
Jika dia ada, pasti ku akan mengganggu kehidupan hariannya.
TAPI???
Entahla, pukul 1.45 petang.
Aku menghantar lagi mesej tanda minta maaf.
Masih lagi tiada respon.
Sekarang dah pukul 3.11petang pun sama seperti sebelum ni.
Entahla. Aku ni dah la tak pandai nak pujuk orang.
Doakan hubungan kami tiada apa-apa.

THE END!

Wednesday, March 6, 2013

Daily Life

أسلموالكم 

Seminggu ni aku cuti mid sem break smpai la hari Ahad ni tp Jumaat aku kne balik kolej.
Alhamdulillah dok umah menternak anak-anak lemak.
Hahaha. Comelkan? Ngee.
Badan pun dah semakin naik dan bulat!
Hari-hari abg ejek ayg gemok! Duhh!!!
Umi pula time makan dia usik badan aku.
Hilang selera leeewwww!!!

Heyy! 
Nak tengok tak orang sakit attitude dia mcm mn???
NIEYHHH!!!!


Ngengada tak orang sakit ni?
Haha!
Poor abang.
Alhamdulillah demam dan pening pun dh sembuh.
Yang tinggal cuma sakit tekak.
And I'm warning him try kurangkan merokok.
Hopefully dia dgr ckpla.
Untuk kebaikkan dia juga...
Salah satu punca dia batuk pun sebab rokok.
Apa entah nama penyakit tu.
Abang cepat sembuh yerr!
Dgr ckp ayg, cpt abg sembuh!
Sayang abg kali berjuta ria.
<3 font="">

THE END!