Independent Distributor of Herbalife
Call : 0176729266
Email : anisah_syahirah@rocketmail.com

coretan ku

Thursday, March 7, 2013

Semalaman...

أسلموالكم 

Hari ni aku tak tahu kenapa perasaan ni rasa sedih, hiba dan pilu.
Semalaman bergaduhan. Bukan apa, gaduh kecil sahaje pun.
Aku tak suka di sebutkan pasal dengan mati.
Sebab ada sejarah di sebaliknya dan aku tak nak orang yang aku sayang pergi terlebih dahulu.
Walaupun hanya sekadar gurauan atau sebagainya.
Ia sangat sensetif bagiku.

Pagi ni aku bangun tanpa sebarang mesej atau panggilan seperti biasa ku terima.
Tak apala. Aku marah gila teruk semalam kt dia.
Hmm, salah aku mungkin?
Lalu ku berikannya mesej ucapan selamat pagi dan luahan kata di whatsapp.
Haishh...
Pun masih tiada respon.
Pukul 1.00 petang, aku telefon dia bertanyakan khabar.
Masih seperti biasa nada yang tak pedulikan aku.
Namun ku bersyukur dia tetap mengangkat panggilanku.
Tapi, hanya hati sahaja yang tahu apa ku rasa.
Nak luah, orang tengah marahkan kita.
Apa lagi yang boleh ku lakukan?
Aku buntu. Aku rasa kesunyian tatkala ini.
Jika dia ada, pasti ku akan mengganggu kehidupan hariannya.
TAPI???
Entahla, pukul 1.45 petang.
Aku menghantar lagi mesej tanda minta maaf.
Masih lagi tiada respon.
Sekarang dah pukul 3.11petang pun sama seperti sebelum ni.
Entahla. Aku ni dah la tak pandai nak pujuk orang.
Doakan hubungan kami tiada apa-apa.

THE END!

No comments: