Independent Distributor of Herbalife
Call : 0176729266
Email : anisah_syahirah@rocketmail.com

coretan ku

Thursday, May 26, 2011

Kisah hari ini.

 Assalamualaikum

Hari ini bangun pukul 6 bermula dengan pagi yang indah sambil hujan turun dengan lebatnya.

Pukul 6? ALAMAK! Kenapa masa berlalu dengan cepatnya?
Rasa macam malas je nak pergi ke sekolah hari ini. Selimut, kantil dan bantal.
Oh indahnya kamu bertiga ini! Cemburu saya tengok kamu!

Bangun sambil dengan malas mencapai tuala dan klip rambut lalu masuk ke tandas dan membuka pakaian tidurku semalaman.

Alahai, time hujan je air mesti sejuk macam ais pulak. Nasib baik ada water heater ni. Berbaloi juga kalo setiap rumah ada pemanasan air bagi kepada sesiapa yang tak boleh tahan sejuk macam saya. Hehe.

Dup dap Dup dap...
30 minit berlalu, haaa? 6.30 pagi sudah? 
ALAMAK!
Dah janji nak kejutkan Zul Fahmie ini. 
Cepat! Cepat! Mana phone ni pulak ni?
Okay! Suddenly, found it yeahhhh!!

Dail number Zul Fahmie almost more than 10 times called dia ni. 
Payah betul la kalau lelaki ni nak bangun pagikan?
Is it I am the wrong cop here? 
HAHA! 
*Maaf I petik nama u kat sini  =D

Soon, dia dah picked my phone call pagi ni, Alhamdulillah.
Senang sikit kerja saya. WInnkkkkk...

Tiba-tiba, Azrai pula yang menghantar mesej untuk ucap selamat pagi dan selamat ke sekolah. Haha. Baikkan ada kawan macam ni?
Okay, done!


SEBELUM TU!
Pergi sekolah atau ke mana-mana pelembap muka, krim pelembap, sun block dan krim kecantikkan WAJIB pakai okay!
For skin protection from sun light and air pollution. HAHA!
Pergi sekolah bukan nak melaram tau. 
Hanya nak kekalkan kecantikkan supaya sentiasa harus mengguna produk yang sesuai dengan kulit muka kita ni baru kulit sihat dan segar.
Macam saya dan awaklah! hehe.

 Lalu turun ke dapur capai air suam panas. 
Petua orang-orang tua berkata, pagi-pagi elok minum madu atau air panas suam tau supaya usus kita tu lancar. Kalau terus minum air sejuk takkan terkejut perut tu secara tiba-tiba?
So, amalkanlah yer kawan-kawan.

Sampai kat sekolah WAJIB ambil breakfast tau! 
Tu pun sampai sekolah 7.25a.m.
Dah kira lewat bagi saya.

Duduk berhadapan dengan Umi Nadiah.
Kononnya nak ulang kajilah sikit sebelum paper agama Islam kertas 2.
Perut pun dah buat bunyi, terus chaww pergi kantin juga!

Saya kat sekolah selalu bodek pak cik- pak cik kantin supaya dapat lebihan makanan. Huuu.
Tapi, pak cik yang selalu saya beli tu tiada malahan yang ada pun pak cik yang kedekut ni. Hampa...
Terpaksa beli bihun goreng dengan harga, RM1.50.
Makan pun tercekik tau gara-gara dah lewat dah ni.
Sampai kat kelas, baca buku agama semula. 

Pukul 8.00 pagi, exam pun bermula dan tamat pukul 9.45 pagi.
Jawab dengan tenang dan hati yang riang.

Puan Norma bagi kami kek coklat buatan hasil tangannya dan dadih sebagai tanda terima kasih kerana menolongnya mengangkat rak-rak buku serta peralatan peribadinya pindah ke dewan.
SMK SKK IJC, blok bahagian bilik guru dan kantin akan di robohkan untuk pembinaan yang baharu. 
Sekolah dah usang kenalah bikin bagi baru.

Pukul 11.00 pagi, kami rehat sambil makan makanan yang cikgu berikan tu. Sedap jugakla. Hehe. Ingat nak ambil lebih tetapi bila di tengokkan ramai MCA dah chop! Hampa lagi...

Pukul 12.35 pagi, paper sivik dan kewarganegaraan pun dah start sampailah balik. Rugi tau kepada sesiapa yang tak dapat A dalam subjek sivik ni. Macam kacang goreng je! Hehe...

Hari ini abang yang ambil saya pulang dengan menaiki motor. 
Nasib cuaca tak panas dan nasib pakai sun block tau!
SEE!!!
Tak rugi kalau pakai foundation ni.

Sampai di rumah, tukar pakaian, makan kek indulgence, cuci baju dan menonton cerita Marimar. 
Itulah jadual harianku selepas pulang ke sekolah.
Dan sekarang, saya masih ber-online hingga ke petang.
Nak mandi ni kawan-kawan.

Akhir kalam, inilah hari-hariku yang penuh kesibukkan dengan jadual harianku.

TERIMA KASIH kerana sudi membaca coretan saya =)

No comments: