Assalamualaikum
Hati dan perasaan berbicara.
Sering kali aku kata yang ada keajaiban bakal berlaku?
Sebenarnya ia palsu. Aku tahu ia palsu dan tak akan pun berlaku.
Puas sudah aku berkata, bertanya dan berbicara.
Malahan ia menjadi seperti tak pernah aku sangkakan berlaku.
Akhirnya, aku mengalah dan pergi.
Pergi serta terus pergi tanpa berpatah kembali.
Pergi dengan harapan yang hancur.
Bersama kenangan yang abadi tersemat di fikiran dan hati.
Walaupun ada kemungkinan palsu menjadi kenyataan.
Tapi demi maruah, aku harus merelakan.
Benar kata orang.
Bukan mudah untuk aku harungi secara sendirian.
Walaupun pahit untuk aku telan.
Tapi aku harus lebih berhati-hati dengan persekitaran aku selepas ini.
Ya Allah!
Bantulah hamba mu yang lemah ini mencari sinar-sinar cahaya kebahagiaan.
Maafkan aku.
No comments:
Post a Comment